CAKNA MAHASISWA : Yayasan KUIS dan Perpustakaan KUIS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada saya untuk memanjangkan kalam tentang "Cakna Mahasiswa" sekali lagi tanpa diduga.

Ini memandangkan saya pernah menyatakan bahawa saya akan menamatkan tulisan tentang "Cakna Mahasiswa" kerana perkhidmatan sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (MPM KUIS) sudah melalui tempoh tiga bulan.

Namun tulisan tentang Perpustakaan KUIS dari Putera Jalaluddin menarik perhatian saya. Artikel asal boleh di baca di sini



Untuk makluman, semasa saya bergelar MPM KUIS dahulu, saya bersama Timbalan Setiausaha Agong, Muhammad Fathi Hamdan bertemu dengan Timbalan Rektor (Mahasiswa dan Alumni), Dr. Zulkifli Haji Aini untuk berbincang tentang perkara tersebut.

Apa yang saya difahamkan ialah mengenai penubuhan Yayasan KUIS untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Penubuhan Yayasan KUIS dengan tujuan bagi memobilisasikan segala bentuk bantuan secara berpusat.

Antaranya ialah Projek Perpustakaan KUIS.

Sebelum saya bertemu dengan Timbalan Rektor (Mahasiswa dan Alumni) lagi, saya pernah berdiskusi tentang isu ini dengan saudara Fahrur Rozi. Keterbatasan waktu dan kesibukan saya dengan aktiviti kampus dan membantu mahasiswa membuatkan perkara ini terbantut. Ada juga faktor lain yang menyebabkan ianya terhalang, tetapi tidak perlulah saya sebut di sini.

Cuma persoalan yang ditimbulkan oleh saudara Rozi selepas beliau maklum tentang Yayasan KUIS juga menarik perhatian saya untuk memikirkan sama sebagai bakal alumni KUIS.

1. Apakah Yayasan KUIS mendapat pelepasan cukai? Untuk rekod, bukan semua yayasan mendapat pelepasan cukai daripada kerajaan (ini kuasa Kerajaan Persekutuan). Berdasarkan pengalaman, yayasan di bawah sesebuah syarikat (KUIS berdaftar sebagai sebuah syarikat; Sdn Bhd) sememangnya tidak diberikan keistimewaan tersebut.

2. Memasukkan projek ini dari Skim Waqaf kpd Yayasan KUIS, berapakah jumlah dana yang sudah terkumpul di bawah agensi sebelum ini dan bilakah Yayasan KUIS akan dibentuk? Setakat ini rasanya masih belum lagi.

3. Disebabkan Yayasan KUIS belum ditubuh, nampaknya masih lama lagi nak ke boleh Perpustakaanya.

4. Apa tindakan mahasiswa terutamanya MPMKUIS sekarang? MPMKUIS perlu melihat ini sebagai satu cabaran buat mereka memperlihat profesionalisme dan mandiri.

5. Apa peranan yang dimainkan oleh pihak Alumni KUIS tentang isu ini? Alumni juga perlu progresif

Namun yang menjadi fokus utama yang ingin saya sokong ialah tentang peranan MPM KUIS atau sekarang dengan nama Majlis Perwakilan Pelajar KUIS (MPP KUIS) dan peranan mahasiswa?

Seandainya mahasiswa menyatakan bahawa kesukaran untuk mendapatkan dana tajaan, saya rasa itu bukan masalah besar, bahkan penyumbang sentiasa menanti pencari dana.

Ketika saya dilantik sebagai pengarah bagi program "Forum Kewartawanan Siaran II, Misi Ke Gaza, Disumbat Ke Be'er Sheva" ketika di semester tiga, dana yang diperlukan beerjumlah RM 2,500 bagi menjalankan program tersebut yang mengundang wartawan dan jurukamera Astro Awani yang ditangkap ketika membuat liputan misi kapal Rachel Corrie membawa bantuan kepada rakyat Gaza.

Poster program tersebut

Dengan kekuatan seramai 70 orang sahaja, tajaan yang kami dapat adalah luar biasa, RM 5,000. Pujian wajib saya berikan kepada semua ahli yang bertungkus lumus mencari dana. Mereka semua bergerak walaupun mereka bukan dari Biro Tajaan.

Panel yang dijemput

Saya dan semua komiti tahu dan faham bahawa untuk menyebarkan sesuatu isu penting umat Islam, mujahadah perlu dilakukan. Ini minda yang kami faham. Kami tidak menunggu untuk dana datang, tapi dana itu dicari.

Suasana program

Begitu juga dengan perpustakaan KUIS. Saya yakin MPP KUIS mempunyai kredibiliti untuk meyakinkan mahasiswa ke arah mobiliusasi demi masa depan. Mungkin ada yang menganggap bahawa ini adalah amanah pihak pengurusan KUIS sepenuhnya.

Tetapi peranan mahasiswa juga diperlukan dalam menggerakkan perkara ini. Harap tiada yang "goyang kaki" dan hanya menanti sahaja.

Sekarang ini terpulang kepada semua mahasiswa, sama ada MAHU atau TIDAK.

Comments

  1. Maaf mencelah.

    Mengapa majlis tertinggi mahasiswa menggunakan gelar Majlis Perwakilan Pelajar? Mana pergi gelar Majlis Perwakilan Mahasiswa?

    Mengapa mengundur ke belakang sedang sudah berbatu kita menapak?

    ReplyDelete

Post a Comment